8 Januari 2017 - 18:05
Penggodam A.S Serang Rangkaian Bekalan Tenaga Turki: Menteri Tenaga

Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Turki, Berat Albayrak berkata bahawa rangkaian bekalan tenaga negara itu telah menjadi subjek serangan siber yang didakwa dilancarkan dari Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Turki, Berat Albayrak berkata bahawa rangkaian bekalan tenaga negara itu telah menjadi subjek serangan siber yang didakwa dilancarkan dari Amerika Syarikat.

"Kebelakangan ini, Kementerian Tenaga telah mengalami beberapa siri serangan siber yang dilancarkan dari Amerika Syarikat," kata Albayrak.

Beliau menambah dengan berkata bahawa beberapa kejadian kegagalan bekalan tenaga yang berlaku baru-baru ini mempunyai kaitan dengan serangan tersebut.

"Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang tindakan sabotaj," kata beliau sambil menambah bahawa pihaknya telah mengambil beberapa langkah yang perlu untuk mengatasi masalah tersebut.